Isnin, Julai 07, 2008

CONGKAK

Congkak adalah salah satu permainan tradisional yang menarik perhatian saya sejak dua tahun dahulu . Ianya bermula apabila saya pulang ke kampung nenek . Saya berpeluang belajar cara-cara untuk bermain congkak . Pada mulanya agak kekok kerana tidak tahu cara paermainannya . Sementara saudara yang bermain , saya duduk memerhatikan mereka . Keseronokkan mereka membuat saya ingin mencuba .
Congkak adalah permainan yang melibatkan pengiraan . Permainan congkak ini berasal daripada Timur Tengah . Kemudian tersebar ke Afrika dan Asia Tenggara .
Dalam Permainan ini , terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak . Papan congkak boleh diperbuat daripada pelbagi jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai ‘kampung’ dan kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai ‘rumah’ . Biji saga boleh digunakan sebagai buah congkak .
Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.
Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai ‘tembak’.
Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain walaupun giliran berpihak padanya , maka giliran itu berpindah kepada pihak lawan .

Tiada ulasan: