Sabtu, Julai 26, 2008

CONGKAK.

Sepanjang projek ini , saya dapat menambah pengetahuan saya mengenai congkak . Congkak adalah satu permainan yang menarik . Walaupun ianya permainan tradisional , tidak ada larangan jika generasi masa kini masih mahu memainkannya . Jika tidak diturun pada generasi-generasi akan datang , keunikkan tradisi masyarakat Melayu akan pupus sama sekali .
Pada mulanya , saya rasa projek ini membosankan dan membuang masa . Tetapi anggapan saya salah . Dalam proses menyelesaikan projek ini , banyak saya pelajari . Saya mengajar diri saya dan juga orang disekeliling . Sesiapa sahaja boleh membaca blog . Setelah membacanya , mereka turut menimba ilmu . Kini , saya harap usaha saya akan menyedarkan orang ramai betapa pentingnya kita harus mengekalkan tradisi kami .
Salam Sejahtera ,
Nur Sabrina . (:

Tiada ulasan: