Ahad, Julai 13, 2008

CONGKAK .

Pada hari ini , saya akan mengongsi pengalaman pertama bermain congkak di kampung .
Beberapa tahun yang lepas , semasa cuti sekolah , saya sekeluarga pulang ke kampung di Johor . Kami berada di sana selama 3 hari . Sungguh menyeronokkan apabila di kampung .
Tiba di kampung , kami disambut keluarga pakcik . Sungguh ghairah apabila bertemu . Maklumlah , sudah lama tidak berjumpa . Banyak yang hendak dikatakan . Setelah itu , kami makan tengahari bersama . Kami makan lauk-pauk kampung seperti 'Lemak Cili Api' , 'Kangkong Goreng' dan lain-lain lagi . Semuanya , enak-enak belaka . Selesai makan tengahari , kami duduk di halaman rumah dan bersembang sambil menikmati udara segar . Ketika sedang bersembang , sepupu saya mengajak bermain congkak . Saya berasa hairan . Saya tidak tahu bermain congkak , malah , saya tidak tahu tentang congkak . Sepupu saya mengajak saya ke dalam rumah dan menceritakan tentang congkak dan cara permainannya . Sepupu saya menunjukkan cara permainan congkak . Beliau bermain congkak bersama abangnya . Saya memberi penuh perhatian .
Pada mulanya , permainan tersebut nampaknya , bosan . Tetapi , lama-kelamaan , sungguh mencabar dan menarik . Permainan congkak turut menarik perhatian saya . Saya sangat ghairah dan hendak mencuba . Saya mula bermain congkak perlahan-lahan . Sepupu saya turut membantu saya dengan permainan tersebut . Lama-kelamaan , saya memahami cara permainan tersebut .
Setelah berlatih , kami mulakan permainan tersebut seperti biasa . Perlawana antara dua orang . Permainan congkak memerlukan banyak perhatian , strategi dan pergerakkan yang laju . Kami bermain tiada henti . Kami bermain selama 3 pusingan . Pada dua pusingan yang pertama , saya dikalahkan . Walaupun kalah , saya terus bermain dan akhirnya menang pada pusingan terakhir . Saya sungguh gembira .
Dari permainan ini , saya sedar kepentingan ketelitian , kecerdasan dan perhatian . Sikap-sikap tersebut bukan sahaja patut diseratkan pada permainan congkak , tetapi juga pada hidup seharian kita .
Sejak hari itu , jika ke kampung , saya tidak akan melepaskan peluang untuk bermain congkak . Semakin lama saya bermain permainan tersebut , cara permainan saya bertamabh baik . Sungguh seronok sekali .

Tiada ulasan: