Selasa, Julai 15, 2008

CONGKAK .

Apabila pulang dari sekolah , saya sedang fikirkan tentang apa yang harus mencatat pada blog ini . Saya tidak tahu apa lagi yang harus ditulis tentang congkak . Saya menelefon rakan saya dan menanyanya apa yang beliau lakukan sejauh ini . Beliau berkata bahawa beliau baru selesai menemu duga ibunya . Beliau menyuruh ibunya menceritakan tentang permainan congkak pada masa dahulu . Demikian , saya mendapat idea . Saya menemu duga nenek saya .

Saya : Nek , sedang buat apa tu ?
Nenek : Tak ada ape . Hanya menonton TV saje .
Saya : Saya tidak menggangu , kan ?
Nenek : Tak , cu . Ade ape , cu ?
Saya : Saya nak nenek menceritakan tentang permainan congkak dimainkan pada masa dahulu .
Nenek : Oh , boleh . Nenek mulakan sekarang , ya ?
Saya : Ya , boleh .
Nenek : Semasa tinggal di kampong , nenek gemar sangat-sangat dengan permainan congkak . Nenek selalu bermain congkak dengan jiran . Kami sangat rapat . Setiap hari , kami akan duduk di halaman rumah dan bermain congkak . Kami berdua akan menggali lubang dari tanah liat membentukkannya seperti papan congkak . Kami bukan dari keluarga yang berada . Kami akan membuat atau mencari sendiri benda yang dikehendaki . Setelah itu , kami akan mencari biji getah untuk diggunakan sebagai buah congkak . Semua yang diperlukan , sudah siap , mereka akan mulakan permainan mengikut cara yang ditetapkan . Kami seronok bermain congkak .
Saya : Terima kasih , nek .

Tiada ulasan: